Khamis, 20 Mei 2010

CONTOH SOALAN INSAK / Untuk Bakal Guru


Anda hanya perlu menjawab (A) SETUJU atau (B) TIDAK SETUJU bagi setiap soalan. Sebanyak 135 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.

  1. Apabila bekerja dengan rakan sejawat, biasanya saya memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka.
  1. Apabila rakan-rakan saya berbual-bual sahaja, saya memilih untuk mengundur diri.
  1. Apabila saya sibuk, saya akan minta rakan sejawat menolong saya.
  1. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya untuk melaksanakannya.
  1. Biar lambat selesaikan kerja, asalkan sempurna.
  1. Biar tugasan tidak dilaksanakan dengan sempurna, asalkan saya rasa puas hati.
  1. Fikiran saya sering tenang apabila saya menghadapi masalah.
  1. Inilah hakikat benar bahawa setiap manusia mementingkan diri sendiri.


  1. Jika ada idea yang berkonflik, saya akan tetap menolak idea yang bertentangan.
  1. Jika ada orang menegur, saya tidak akan menegur balik.
  1. Jika ada orang sudi membuat kerja bagi saya, saya masih akan menolongnya pada masa kelak.
  1. Jika kawan saya buat kesilapan, saya akan memberitahunya dalam situasi yang sesuai.
  1. Jika saya ditimpa nasib malamg, saya akan berdoa.
  1. Jika saya merendah diri, orang lain akan menghormati anda.
  1. Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang.
  1. Kita tidak patut menaruh keyakinan terhadap kawan yang sudi menolong.
  1. Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang.
  1. Orang yang memuji saya biasanya mempunyai niat baik.
  2. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa.
  1. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri.
  1. Saya akan usaha lipat ganda jika prestasi rakan sejawat mendahului saya.
  1. Saya berharap menjadi guru terlatih kerana kerjaya guru adalah minat saya.
  1. Saya sering ambil perhatian terhadap perkara yang saya minati.
  1. Saya tidak suka berkawan dengan orang yang suka berjenakan sahaja.
  1. Saya tidak suka bersendirian, jadi saya berharap ada ramai kawan.
  1. Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
  1. Sekolah tidak bertanggungjawab dengan kesalahan guru.
  1. Sungguhpun saya tidak setuju, saya tidak berpura-pura setuju.
  1. Untuk mendapatkan sesuatu yang saya idamkan, saya rela melakukan apa-apa kerja.
  2. Untuk mengawal orang, kita harus membaca buku psikologi.
Soalan-soalan ini dipetik daripada buku bertajuk Bimbingan dan Latihan Persediaan INSAK & Temuduga terbitan Multimedia Sdn Bhd. Untuk keterangan lanjut mengenai contoh-contoh soalan INSAK secara lengkap, serta panduan menghadiri temuduga untuk bakal guru, sila dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran. Atau layari www.penerbitan-multimedia.com.

0 comments:

Catat Ulasan

SHARE ARTIKEL

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites