MAKLUMAT BUKU
TAJUK: 60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam ?
PENULIS: Ahmad Henry
PENERBIT: Pustaka Ibnu Al Manhar
PENGEDAR UTAMA: GB Gerak Budaya Enterprise Sdn Bhd dan Crecent News
ISBN: 978-967-5915-00-0
HALAMAN: 160
HARGA: RM 16.50 (SM) RM 19.00 (Sabah/Sarawak)
SINOPSIS:
“Umat Islam di Palestin menegakkan Islam dengan susah payah. Mereka terpaksa menggunakan Briged Al-Qassam, Atfal Al-Hijarah (kanak-kanak yang bertempur dengan tentera Yahudi) dan roket-roket usang yang apabila dilancarkan entah mendarat atau tidak, entah meletup atau tidak. Sebab apa? Sebab di sana ada Yahudi.
Di Malaysia tidak ada Yahudi. Tidak ada orang kafir yang menentang Islam secara terang-terangan. Tapi apakah perundangan Islam terlaksana? Bukalah mata hati anda sebelum menjawanya “ya..terlaksana sangat-sangat!”. Sekadar mengislamkan bangunan dan institusi dalam kempen pilihan raya tidak menjamin manusianya turut menjadi Islamik. Manusia hanya benar-benar menjadi Islamik apabila suasana Islamik itu ada di sekitarnya. Ia dimulakan dengan penegasan. Tegaskan kepada orang banyak bahawa inilah peraturan Islam. Kemudian laksanakanlah peraturan itu. Jangan dialmarikan saja.
Meskipun segelintir Melayu radikal (sejahtera ke atas mereka) mendakwa Perlembagaan Malaysia merupakan tinggalan penjajah, sekurang-kurangnya ada sedikit ruang dalam piagam tersebut yang mengistimewakan kedudukan agama Islam di Malaysia. Namun, peluang yang ada itupun tidak dimanfaatkan oleh segelintir golongan yang berperut besar. Di sebalik itu, ada dalang besar yang bertanggungjawab menjauhkan umat Islam di Malaysia daripada kehidupan Islamik. Siapakah dalang tersebut? Buku kecil ini akan membincangkan siapakah dalang yang dimaksudkan.”
KANDUNGAN
KATA PENGANTAR OLEH USTAZ NASRUDDIN HASSAN
(Ketua Pemuda Pas Pusat)
PRAKATA
MUKADIMAH
BAB 1
SEJARAH RINGKAS UMNO-BN DAN PERJUANGAN ISLAM
UMNO dan Perikatan
UMNO dan Orang Melayu
UMNO dan Perjuangan Islam
BAB 2
Kemajuan yang Sepatutnya
Mengapa Menyalahkan Pemerintah?
BAB 3
BENARKAH ISLAM TIDAK TERBELA?
Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan
Pemerintahan Islam
Akidah dan Pemerintahan
Islam Agama Fitrah
BAB 4
BEBERAPA TRAGEDI
BN Hentikan Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
BN Tutup Sekolah Agama di Terengganu
Peristiwa Pembunuhan Ustaz Ibrahim Mahmud
BN Luluskan Lesen Judi Bola Sepak Sempena Piala Dunia
Koleksi Bukti Pemimpin UMNO Menghina Islam
BAB 5
UMNO-BN DAN MEDIA ARUS PERDANA
Maksud Kebebasan Media yang Dikelirukan
Punca
BAB 6
BARAT YANG DIAGUNGKAN
Penyakit Kemaruk Budaya Barat
BAB 7
GENERASI SARKAS
Sarkas dalam Politik
BAB 8
PENTINGNYA SUASANA
Al Kisah Raja Tidak Berhidung
Suasana dan Pengaruhnya Terhadap Iman dan Amal
Membina Suasana
BAB 9
PERJUANGAN KEMERDEKAAN UNTUK KALI YANG KEDUA
Gerakan Kemerdekaan
Menyokong Atau Menubuhkan Parti Islam Sebagai Permulaan
Demonstrasi
Menyemai Kesedaran Untuk Mengundi
Mempromosi Media Alternatif
Mitos Pelik Kakitangan Kerajaan
PENUTUP
BIBLIOGRAFI
ANDA BERMINAT UNTUK MEMILIKI BUKU INI?
Sila Klik Banner










0 comments:
Catat Ulasan