Isnin, 28 Jun 2010

Saya Bunuh Altantuya, Pengakuan Sirul, VIP Terlibat (Part iii)



Pendedahan ini dibuat oleh Sirul di hadapan Insp Nom Phot a/l Prack Dit


Sambungan . . .

Bahagian Tiga


"Setelah selesai menukar tayar, saya terus memandu jip ke Kota Damansara menuju ke rumah saya untuk mengambil bahan letupan yang saya simpan di rumah. . . ."

"Pada masa yang sama saya lihat Tuan Azilah berada di luar jip mengambil beg berisi MP5 (sejenis SMG) dan silencer di dalam jip yang terletak di bawah tempat pemijak kaki Tuan Azilah, lalu menyerahkan beg tersebut kepada saya dan mengarahkan saya untuk 'menjimatkan' (bunuh) perempuan Cina (Altantuya) yang berada dalam jip."

". . . . .Setelah selesai kencing, dan beliau terlihat senjata yang saya pegang dan saya nampak beliau dalam ketakutan, dan merayu agar jangan bunuh dan cakap dia ada anak."

"Dalam masa yang sama, Tuan Azilah memeluk perempuan Cina tersebut untuk menjatuhkan beliau dan saya lihat perempuan Cina terus jatuh dalam keadaan terlentang, dan saya terus melepaskan satu das tembakan ke bahagian kiri kepala perempuan tersebut."

"Selepas perempuan Cina (Altantuya) ditembak, Tuan Azilah menanggalkan semua pakaiannya dan saya mengambil beg plastik sampah hitan dan Tuan Azilah memasukkan semua pakaian perempuan Cina tersebut ke dalam beg yang saya pegang."

Akan bersambung, Insya Allah . . .


Sumber: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






SHARE ARTIKEL

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites