Sabtu, 29 Oktober 2011

Agen Buku Politik Diperlukan | Tanpa Modal | Tak Perlu Simpan Stok



Pustaka Al Manhar sedang mencari agen jualan untuk buku politik tulisan Ahmad Henry bertajuk 60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam?

Agen jualan yang diperlukan ialah berkonsepkan DROPSHIP. Bermakna, setiap agen hanya perlu mempromosikan gambar dan maklumat buku tersebut tanpa perlu membeli dan menyimpan stok.

Urusan pembelian dan tempahan akan diuruskan oleh agen. Sekiranya ada pembeli, agen akan menerima bayaran daripada pembeli dengan harga runcit iaitu RM25. Agen kemudian membeli daripada pihak kami dengan harga hanya RM15. Ini bermakna, agen akan mendapat komisyen sebanyak RM10 untuk setiap naskah buku.

Agen perlu memiliki nombor akaun bank supaya pembeli boleh membuat bayaran.


Maklumat Mengenai Buku

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku ini, sila klik di sini: http://pustakaalmanhar.com/2010/11/buku-politik.html

Gambar dan bahan promosi anda boleh dapati di situ. Anda boleh gunakan gambar-gambar buku hadiah percuma yang terdapat di situ. Anda juga digalakkan untuk membeli buku ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Tidak Perlu Membeli Dan Menyimpan Stok Buku

Agen tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok buku dan menyimpan stok buku tersebut untuk menunggu pembeli kerana agen hanya perlu mempromosikan gambar dan maklumat buku. Justeru, para agen tidak akan berhadapan dengan masalah stok tak laku. Kerugian juga tidak akan berlaku.

Proses Penghantaran Buku

Proses penghantaran akan diuruskan sepenuhnya oleh Pustaka Al Manhar. Sebelum pembeli membuat bayaran untuk membeli buku, agen perlu meminta maklumat lengkap pembeli seperti NAMA, ALAMAT, NO TELEFON, dan EMAIL. Agen kemudian membuat bayaran kepada kami dan memberikan maklumat lengkap pembeli tadi. Kami akan menghantar buku berdasarkan maklumat yang diberi oleh agen.

Syarat Menjadi Agen

Agen tidak dibenarkan membeli buku untuk diri sendiri menggunakan kelebihan sebagai agen dropship. Sebaiknya agen memiliki blog atau laman web sendiri sebagai medium promosi.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila kemukakan ke 013 4660895.

Di Mana Nak Promosi?

Agen bebas membuat promosi di mana sahaja sama ada di Facebook, blog, laman web, ruangan forum dan sebagainya. Lagi banyak medium promosi, lagi banyak peluang untuk agen mendapat jualan.

Pendaftaran

Individu yang berminat menjadi agen dropship untuk buku ini perlu mendaftar NAMA, ALAMAT, NO TELEFON dan EMAIL ke nombor Ahmad Henry 013-4660895. Selepas mendaftar, kami akan berikan nombor agen kepada anda.




0 comments:

Catat Ulasan

SHARE ARTIKEL

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites